akaTec piggyback system tuning
Just another WordPress.com weblog

akaTec tuning shop is about here!


Sebagai pencinta dunia motorsport malaysia, aku seboleh2nya nak melibatkan diri dalam lebih banyak lagi aktiviti dunia permotoran, baik secara terang-terangan atau secara underground… tapi apakan daya, dalam keadaan aku yang kerja makan gaji biasa cam aku ni, maka yang aku mampu hanya tengok dan terliur orang lain menikmati saat2 indah mereka dalam jentera hebat masing2.. menyusur di litar sepangla, menyeret tayar belakang membentuk bulatan donut yang cantik di parking2 lot la, dan macam2 lagi…. dan jauh di sudut hati aku, juga percaya yang ramai lagi yang berkongsi keterliuran yang sama di atas satu sebab musabab – kami tak cukup wang nak ‘main’ machine ganas cam korang… last2 yang kami mampu hanyalah beli aksesori2 yang pathetic dengan harapan jentera karburetor yang kami pakai mampu mengeluarkan api yang sama panjangnya di hujung exos seperti api yang terkeluar dari exos jentera RB26 mereka…

dalam dok lepak tak tentu hala, aku menyorot kembali apa yang dah aku belajaq kat sekolah dulu… hmmm.. terbenak dalam hati aku “nampaknya aku bleh combinekan kedua2 benda ni jadi satu.. 1. takdak duit dan 2. pengetahuan aku dalam programming”.. sejak itu aku bertekad, ada baiknya aku buat sendiri aksesori2 untuk besi burukku… sampai bila nak pakai aksesori2 yang di kemudian hari kena kutuk dengan member2.. memang murah, tapi claim 30% HP increase tu yang P.O.Y.O tu.. asyik2 ayat tu yang aku kena belasah dengan member2.. mentang2la gaji aku ciput, korang main2kan aku.. nah sekarang aku tunjuk skill aku kat korang.. dengan kebolehan aku memprogram, aku nak buat sebijik device yang boleh menge’WOW’kan korang bila masuk keta aku.. keh keh keh.. tiba2 aku gelak sorang dalam bilik, membayangkan muka member2 aku sekor2 terpegun cipan bila tengok aku DIY benda dalam keta aku…

hmmm… bukan setakat aku buat sendiri, malah aku akan providekan segalanya kat blog ni untuk semua orang yang mengalami masalah kesempitan wang cam aku ni, tapi dalam masa yang sama nak jentera berkuasa, sehebat kuasa 2J atau W12-650… aku akan ajaq satu persatu camne nak DIYkan device2 ni, what the concept behind it, camne dia bekerja dan sebagainya… kalo korang nak buat sendiri, dipersilakan follow step by step, yang takmo pun no hal… nak bagi comment pun no hal.. nak kutuk2 pun no hal la jugak… so… kerap2la masuk untuk tengok berita2 selanjutnya, dan modifikasi2 selanjutnya… tapi dalam 2 3 minggu pertama ni, aku mau citer concept dulu, then dah paham sikit baru kita go on buat sendiri berdasarkan apa yang kita dah paham..

6 Responses to “akaTec tuning shop is about here!”

  1. benda yg aku dah lama ikuti kan cmcommy. minat sangat nak tau everything about it

  2. tak saba nak tunggu sambungan .. cam tunggu komik smingu skali klua ..

  3. salam bro..’
    aku pun punya minat yang sama ar.. aku buat O2 controller utk cut minyak (saving) dan FCD (Fuel Cut Defender) utk L2s adik aku, 4g93 buruk aku dan Wira EVO3 kawan aku..pasni aku nak buat water inject utk intercooler plak..klu ko ada brg2 lain yang advance,bleh sama2 cari makan ar..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: